Thursday 9 February 2012


SINGA YANG TAMAK



Berdasarkan peribahasa yang terdapat di dalam video di atas, anda dikehendaki menulis sebuah cerita pendek yang sangat menarik.


p/s: Selamat menjawab

Wednesday 8 February 2012


KASIHNYA BAPA



Berdasarkan video di atas, senaraikan tiga nilai murni yang sesuai. Kemudian, anda dikehendaki membina tiga ayat berdasarkan nilai murni tersebut.


p/s: Selamat menjawab

Tuesday 7 February 2012


SELOKA PAK KADUK




Berdasarkan video yang telah diberikan di atas, senaraikan tiga pengajaran yang boleh diambil.




p/s: Selamat menjawab

Friday 3 February 2012

LATIHAN 5 : PEPATAH

Pilih pepatah yang sesuai berdasarkan makna yang telah diberikan di bawah.

1)     Jika kita tidak rajin berusaha, cita-cita kita tidak akan mudah
           dicapai.
a)    Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.
b)    Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
c)    Kalau tidak pecahkan ruyung, masakan dapat sagunya.
d)    Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.

2)     Lebih baik mati daripada menanggung malu.
a)    Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
b)    Biar putih tulang, jangan putih mata.
c)    Enggang sama enggang, pipit sama pipit.
d)    Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.

3)     Jika kita bersalah, kita harus cepat sedar dan insaf supaya kita
           tidak jauh terpesong.
a)    Kalau baik jadikan teladan, kalau jahat jadikan sempadan.
b)    Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
c)    Sekali jalan kena, dua kali jalan tahu.
d)    Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.



4)     Setiap orang mempunyai pendapat atau kemahuan yang
          berbagai-bagai.
a)    Siapa makan lada, dia terasa pedas.
b)    Rambut sama hitam, hati lain-lain.
c)    Lembu punya susu, sapi punya nama.
d)    Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

5)     Kita harus menunaikan setiap janji yang kita buat.
a)    Kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya.
b)    Kalau tidak kerana angin, takkan pokok bergoyang.
c)    Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
d)    Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar.

LATIHAN 4 : TATABAHASA

Lengkapkan cerita ini dengan perkataan yang sesuai. Isikan setiap
tempat kosong ini dengan satu perkataan sahaja.

Semalam, Salleh telah didenda  _______ gurunya kerana dia
telah melanggar _________ sekolah dengan tidak memakai lencana
sekolah. Sebelum ini, Salleh pernah juga terlupa hendak ____________
lencana sekolah dan dia telah diberi ________ oleh gurunya. Kali ini
dia didenda.

            Guru menyuruh ________  membersihkan bilik darjah. Kemudian,
guru menasihatinya. Guru memberitahu semua murid-murid tentang
pentingnya peraturan itu.


**Selamat menjawab

LATIHAN 3 : KARANGAN BERPANDU


Anda dikehendaki menulis sebuah karangan yang bertajuk ‘ Semangat Kejiranan ‘ berdasarkan gambar yang telah diberi. Panjang karangan anda hendaklah tidak melebihi 200 patah perkataan.




**Selamat menjawab

Thursday 2 February 2012

LATIHAN 2 :KATA GANDA

Pilih kata gandaan yang sesuai bagi melengkapkan tiap-tiap butiran berikut.

1)     Beruang sarkas itu ______ mati apabila ditembak oleh pelatihnya dengan
  pistol mainan.
a)    tiba-tiba
b)    pura-pura
c)    cuba-cuba
d)    ikut-ikut

2)     Ke mana sahaja Puteri Aini pergi dia akan ditemani oleh ______nya.
a)    amah-amah
b)    dewi-dewi
c)    pari-pari
d)    dayang-dayang

3)     Kaki ibu ______ kerana terlalu lama duduk bersila.
a)    gatal-gatal
b)    semut-semut
c)    luka-luka
d)    sedu-sedu




**selamat menjawab