Thursday 9 February 2012


SINGA YANG TAMAK



Berdasarkan peribahasa yang terdapat di dalam video di atas, anda dikehendaki menulis sebuah cerita pendek yang sangat menarik.


p/s: Selamat menjawab

Wednesday 8 February 2012


KASIHNYA BAPA



Berdasarkan video di atas, senaraikan tiga nilai murni yang sesuai. Kemudian, anda dikehendaki membina tiga ayat berdasarkan nilai murni tersebut.


p/s: Selamat menjawab

Tuesday 7 February 2012


SELOKA PAK KADUK




Berdasarkan video yang telah diberikan di atas, senaraikan tiga pengajaran yang boleh diambil.




p/s: Selamat menjawab

Friday 3 February 2012

LATIHAN 5 : PEPATAH

Pilih pepatah yang sesuai berdasarkan makna yang telah diberikan di bawah.

1)     Jika kita tidak rajin berusaha, cita-cita kita tidak akan mudah
           dicapai.
a)    Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.
b)    Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
c)    Kalau tidak pecahkan ruyung, masakan dapat sagunya.
d)    Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.

2)     Lebih baik mati daripada menanggung malu.
a)    Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
b)    Biar putih tulang, jangan putih mata.
c)    Enggang sama enggang, pipit sama pipit.
d)    Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.

3)     Jika kita bersalah, kita harus cepat sedar dan insaf supaya kita
           tidak jauh terpesong.
a)    Kalau baik jadikan teladan, kalau jahat jadikan sempadan.
b)    Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
c)    Sekali jalan kena, dua kali jalan tahu.
d)    Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.



4)     Setiap orang mempunyai pendapat atau kemahuan yang
          berbagai-bagai.
a)    Siapa makan lada, dia terasa pedas.
b)    Rambut sama hitam, hati lain-lain.
c)    Lembu punya susu, sapi punya nama.
d)    Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

5)     Kita harus menunaikan setiap janji yang kita buat.
a)    Kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya.
b)    Kalau tidak kerana angin, takkan pokok bergoyang.
c)    Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
d)    Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar.

LATIHAN 4 : TATABAHASA

Lengkapkan cerita ini dengan perkataan yang sesuai. Isikan setiap
tempat kosong ini dengan satu perkataan sahaja.

Semalam, Salleh telah didenda  _______ gurunya kerana dia
telah melanggar _________ sekolah dengan tidak memakai lencana
sekolah. Sebelum ini, Salleh pernah juga terlupa hendak ____________
lencana sekolah dan dia telah diberi ________ oleh gurunya. Kali ini
dia didenda.

            Guru menyuruh ________  membersihkan bilik darjah. Kemudian,
guru menasihatinya. Guru memberitahu semua murid-murid tentang
pentingnya peraturan itu.


**Selamat menjawab

LATIHAN 3 : KARANGAN BERPANDU


Anda dikehendaki menulis sebuah karangan yang bertajuk ‘ Semangat Kejiranan ‘ berdasarkan gambar yang telah diberi. Panjang karangan anda hendaklah tidak melebihi 200 patah perkataan.




**Selamat menjawab

Thursday 2 February 2012

LATIHAN 2 :KATA GANDA

Pilih kata gandaan yang sesuai bagi melengkapkan tiap-tiap butiran berikut.

1)     Beruang sarkas itu ______ mati apabila ditembak oleh pelatihnya dengan
  pistol mainan.
a)    tiba-tiba
b)    pura-pura
c)    cuba-cuba
d)    ikut-ikut

2)     Ke mana sahaja Puteri Aini pergi dia akan ditemani oleh ______nya.
a)    amah-amah
b)    dewi-dewi
c)    pari-pari
d)    dayang-dayang

3)     Kaki ibu ______ kerana terlalu lama duduk bersila.
a)    gatal-gatal
b)    semut-semut
c)    luka-luka
d)    sedu-sedu




**selamat menjawab

LATIHAN 1 : PEMAHAMAN


Jawab semua soalan dibawah mengikut petikan yang diberi.

        Pak Abu mempunyai sebuah dusun buah-buahan. Dia menanam berbagai-bagai jenis buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan, duku, langsat dan ciku di dusunnya. Dusun Pak Abu adalah seluas dua hektar. Pak Abu dibantu oleh dua orang anak lelakinya untuk menjaga kebun tersebut.

       Tiap-tiap pagi , Pak Abu akan pergi ke dusunnya untuk menyiram pokokpokok buahnya. Dia membubuh baja pada pokok-pokok itu sebulan sekali. Pak Abu juga akan membungkus buah-buahan yang sedang masak dangan beg-beg plastik supaya tidak dimakan oleh burung dan tupai. 

        Penduduk kampung suka membeli buah-buahan Pak Abu kerana ia murah dan lazat. Kadang-kadang orang-orang dari bandar juga berkunjung ke dusun Pak Abu untuk menikmati kelazatan buah-buahan.

1)     
1)     Manakah antara berikut bukan buah-buahan yang terdapat di kebun Pak Abu?
a)    rambai                             
b)    rambutan
c)    durian
d)    ciku


2)     Siapakah yang membantu Pak Abu di kebunnya?
              a)    isterinya
              b)    dua orang anak lelakinya
              c)    jirannya
              d)    bapa saudaranya


3) Berapakah luas dusun Pak Abu?
                      a)    setengah hektar
                      b)    tiga hektar
                      c)    satu hektar
                      d)    dua hektar 

**selamat menjawab


Belajar Itu Mudah

"Alaaa, awal lagi la nak study, study last-last minute la baru masuk. Belajar awal-awal pun nanti ilmu tue keluar balik."



Ramai yang masih tidak mengetahui cara untuk belajar dan ini akan menjadi satu masalah kepada mereka terutamanya yang bakal menghadapi peperiksaan kelak. Belajar saat-saat akhir ini akan menimbulkan kesukaran yang mana kita terpaksa mengingat semua mata pelajaran dalam masa yang singkat. 
Wahai pencinta ilmu, bacalah buku berulang kali. Kita bukanlah Ibnu Taimiyyah, dengan hanya sekali sahaja membaca kitab sudah mampu menguasai dan menghafal apa yang terkandung di dalam kitab tersebut. Berikut merupakan cara belajar yang mudah dan boleh dipatuhi oleh semua orang terutamanya murid sekolah:


MASA
Sebelum memulakan suatu sesi pembelajaran, pemilihan waktu yang tepat adalah penting untuk memastikan minda kita mampu menerimanya dengan keadaan yang optimum. 
Contohnya, kebanyakan pelajar suka mengulang kaji pelajaran mereka pada tengah malam atau seawal pagi kerana pada masa ini keadaan sunyi dan minda kita akan dapat fokus pada apa yang kita belajar. Lebih-lebih lagi mata pelajaran yang melibatkan pengiraan seperti matematik.


 TEMPAT BELAJAR
Perkara ini haruslah diambil berat kerana apabila keadaan tempat belajar kita kemas dan teratur sudah tentu kita dapat belajar sesuatu perkara itu dengan baik.
Seeloknya tempat yang baik untuk kita belajar ialah di perpustakaan kerana suasana yang sangat kondusif. Ini akan memudahkan proses pembelajaran kita.
Andai di rumah, pastikan tempat tersebut mampu merangsang minat kita untuk mentelaah tanpa terdapat gangguan luar seperti suasana yang bising yang boleh merencatkan proses pembelajaran.
Pastikan meja belajar menghadap ke arah kiblat.

 NOTA
Setiap kali kita mengulang kaji pelajaran, sebaiknya jangan hanya membaca buku sahaja tetapi adalah lebih baik kita membuat nota ringkas. Ia membantu kita untuk mengingat.
Di samping itu juga, kita boleh membawa nota tersebut ke mana sahaja dan boleh dibaca pada bila-bila masa sahaja.
Nota yang baik bukan hanya nota yang ringkas, tapi nota tersebut hendaklah mudah untuk difahami.
Salah satu cara terbaik untuk membuat nota adalah dengan menggunakan peta minda (mind map). Cara ini adalah salah satu cara yang sangat berkesan khususnya bagi subjek yang memerlukan pembacaan yang banyak.