Friday 3 February 2012

LATIHAN 5 : PEPATAH

Pilih pepatah yang sesuai berdasarkan makna yang telah diberikan di bawah.

1)     Jika kita tidak rajin berusaha, cita-cita kita tidak akan mudah
           dicapai.
a)    Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.
b)    Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
c)    Kalau tidak pecahkan ruyung, masakan dapat sagunya.
d)    Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.

2)     Lebih baik mati daripada menanggung malu.
a)    Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
b)    Biar putih tulang, jangan putih mata.
c)    Enggang sama enggang, pipit sama pipit.
d)    Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.

3)     Jika kita bersalah, kita harus cepat sedar dan insaf supaya kita
           tidak jauh terpesong.
a)    Kalau baik jadikan teladan, kalau jahat jadikan sempadan.
b)    Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
c)    Sekali jalan kena, dua kali jalan tahu.
d)    Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.



4)     Setiap orang mempunyai pendapat atau kemahuan yang
          berbagai-bagai.
a)    Siapa makan lada, dia terasa pedas.
b)    Rambut sama hitam, hati lain-lain.
c)    Lembu punya susu, sapi punya nama.
d)    Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

5)     Kita harus menunaikan setiap janji yang kita buat.
a)    Kerbau dipegang talinya, manusia dipegang janjinya.
b)    Kalau tidak kerana angin, takkan pokok bergoyang.
c)    Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
d)    Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar.

No comments:

Post a Comment